Thursday, March 17, 2011

saya budak baru belajar

org lain ada blog, aku pun nak jugak...selama nih suka baca blog org jer...syok tgk blog org lain yg meriah...tapi blog aku????
sesiapa yg baik hati nak tolong aku cantikkan lagi blog nih sgt dialu-alukan...
cek x pandai..huhuhuuhuhuhu

Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" - susulan pengharaman botol BPA oleh kerajaan Malaysia

Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kebiasaanya ada label PC dan 7


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



Antara produk "BPA free" - banyak lagi rasanya produk2 lain

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat (Botol susu yang mengandungi BPA)

* Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
* Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
* Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
* Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Selain tu utk makluman semua, botol air yang ada BPA ni banyak ada kt pasaran, kalau tengok label bawah botol ada tanda PC(7). Berdasarkan makluman kementerian kesihatan, botol BPA ni tak sesuai utk baby/kanak2 je. So kita yg org dewasa ni masih boleh guna.



bagus info ni..memandangkan anak saya masih lagi menyusu botol (walaupun dah 4 tahun..ada tips nk bg berenti botol susu x?)...
kredit to mdfaizal - Blog Rasmi Dunia...

Thursday, March 10, 2011

cer citer..cer citer..

adoyai...
apalah nk jadi dgn dunia pendidikan skrg nih...salah saya jgk ke????
minta sambung belajar tuk nk dapatkan segulung ijazah seperti yg diharap2 kan oleh semua guru yg berstatus diploma...bila dah minta, lain pulak yg dapatnya..
aku minta opsyen BM pasal aku ngajar BM kat SJKT..dan sememangnya aku seorangg pencinta kepada Bahasa Malaysia (ye ke?? ayat pun byk guna stail sms,pendek2 jer)...
naper byk kekalutan dalam sistem pendidikan kita skrg ini???
aku harap ada perubahan yg akan berlaku...aku x nak ler ngajar Perakaunan..sek men plak tu...jauh menyimpang daripada apa yg aku pelajari selama 7 tahun bergelar seorg guru ni.
Risau aku risau...